Project: WISMA NERUS

Wisma Nerus merupakan mercu tanda terkini di bandar Kuala Neurs, Terengganu. Ia terdiri daripada 2 tingkat kedai pejabat yang bergaya dan moden dan terletak hanya beberapa minit dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), UNISZA, panntai indah Batu Rakit, Bandar Kuala Terengganu dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Kuala Nerus yang baru. Wisma Nerus adalah pembangunan hartanah komersil pegangan kekal yang dinanti-nantikan. Pemandangan yang tinggi dari jalan Persekutuan utama, Wisma Nerus adalah pusat komersil yang ikonik dengan reka bentuk kontemporari yang rapi dan seni bina yang bersih.

Dengan reka bentuk kontemporari moden, Wisma Nerus menyerlah dengan kemasan tingkap kaca yang unik dan pandangan hadapan yang mengagumkan. Unit kedai-kedai pasti mendapat manfaat daripada kesibukan trafik di laluan utama yang menghubungkan Batu Rakit dan Batu Enam, merentasi Kawasan Perindustrian Gong Badak dan Mydin Gong Badak. Jalan akses ke Wisma Nerus dan terdapat banyak tempak letak kereta dan tempat letak motosikal berbumbung untuk keselesaan dan kesenangan para pelanggan.

Di persekitaran Wisma Nerus, terdapat beberapa sekolah kebangsaan dan univeristi kebangsaan seperti UMT, UNISZA, pusat membeli-belah seperti Mydin Gong Badak dan Pasaraya GIANT. Wisma Nerus terletak di lokasi yang strategik yang berdekatan dengan Bandar Baru Kuala Nerus, Dataran Austin dan Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Ia juga terletak 15 minit dari Lebuhraya Pantai Timur dan Bandar Kuala Terengganu.