Project: MEDINI 1

KEDIAMAN MEWAH BERTEMAN ALAM SEMULAJADI, DIPAGAR & DIJAGA DAN BEBAS BANJIR.

Villa Medini adalah kediaman dipagar dan dijaga eksklusif yang terletak di dalam persekitaran hijau permai. Landskapnya yang berprestij merangkumi keindahan dua alam - kehijauan semulajadi, permandangan indah dan kehidupan serba moden. Dengan hanya 42 unit villa rumah berkembar dua tingkat eksklusif, setiap kediaman dibina khas untuk menjadi inspirasi kehidupan idaman. Kecapi pengalaman gaya hidup di Medini dengan kekaguman dan kepermaian tepi laut teragung.

SATU LOKASI, PELBAGAI MANFAAT

Medini dikelilingi dengan persekitaran yang berflora, ia juga terletak di lokasi yang strategik. Medini terletak berdekatan dengan pusat membeli-belah, anda boleh bermain golf, menghayati alam semulajadi atau ke pusat carigali minyak di Kerteh dalam masa yang singkat. Terbaik sekali, lokasinya terletak di dalam kawasan bebas banjir - rumah baru yang menjamin ketenangan dan keselesaan setiap masa.